10/01/2009

Tips Berpakaian bagi Wanita

Tahukah anda bahawa semua wanita yang dilahirkan mempunyai keistimewaan masing-masing? dan tahukah anda bahawa keistimewaan itu wujud bergantung kepada sejauh mana anda melihat diri anda sendiri dan apakah imej diri yang anda ingin tonjolkan.

Bila sebut tentang imej diri, ia bergantung kepada beberapa aspek penting seperti pakaian dan aksesori, personaliti, bahasa badan, kebersihan dan kesihatan. Dalam k0nteks ini saya akan menyentuh tentang pakaian dan aksesori sahaja (aspek-aspek lain, kalau ada pertanyaan mungkin saya akan sentuh serba sedikit-bukan apa takut panjang sangat nanti boring pulak...)

Pemilihan Pakaian

Pemilihan pakaian yang tepat membantu menyerlahkan lagi penampilan supaya tubuh badan terlihat sempurna pada pandangan mata. Antara yang penting dalam pemilihan pakaian dan ia juga merupakan maklumat paling asas yang perlu anda ketahui ialah :

i) Warna yang sesuai mengikut jenis kulit.
Bagi individu yang mempunyai kulit yang cerah boleh disesuaikan dengan mana-mana warna yang digemari. Paling sesuai ialah pakaian yang mempunyai tona warna yang gelap dan terang pada kulit cerah dan tona warna yang cerah dan lembut untuk kulit gelap.
Bagi individu yang berkulit gelap seringkali merasakan warna merah tidak sesuai untuk kulit mereka, memandangkan warna merah sendiri mempunyai banyak tona, maka tona merah yang sangat sesuai untuk yang berkulit gelap ialah tona merah yang lebih cerah. Bagi berkulit gelap, elakkan warna-warna yang sangat terang atau flouresence seperti warna jingga, hijau, oren. Warna ini akan menjadikan kulit anda semakin gelap.

ii) Warna pakaian
Elakkan memakai pakaian yang melebihi 3 warna. Pakaian yang melebihi 3 warna akan nampak berserabut. Pakaian berkilat dan bermanik penuh tidak sesuai dipakai di waktu siang.

iii) Bentuk Badan
Sila fahami bentuk badan anda supaya mudah untuk memilih jenis pakaian yang sesuai. Kebanyakannya, jenis bentuk badan dibahagikan kepada 5 bentuk iaitu bentuk pear (atas kecil bawah besar), bentuk epal (bahagian atas dan bawah sama besar), bentuk V (atas besar bawah kecil), bentuk pembaris ruler shape (kurus) dan bentuk hour glass (bentuk tubuh badan yang sempurna dan tidak mempunyai banyak masalah)

- Bagi bentuk pear mempunyai bahagian bawah yang lebih besar termasuk pinggul dan paha. Bagi memberi keseimbangan kepada bentuk badan ini ialah sekiranya memilih pakaian kasual/formal yang berseluar atau skirt, baju hendaklah berwarna cerah dan seluar atau skirt berwarna gelap. Golongan ini tidak sesuai memakai skirt berbentuk V shape iaitu yang menguncup dibahagian bawah dan juga kain atau skirt berpotongan duyung. Potongan ini akan menonjolkan lagi kekurangan aanda terutamanya dibahagian pinggul dan paha.

- Bentuk Epal dipunyai oleh kebanyakan wanita yang berbadan gempal. Pakaian yang berwarna gelap sangat sesuai untuk golongan ini. Jika memakai blaus atau kemeja yang bergaris, pilihlah yang bergaris menegak dan bukan melintang. Garis menegak menampakkan anda lebih kurus. Manakala garis melintang akan lebih melebarkan betuk badan anda. Jika memakai pakaian bercorak, elakkan memakai pakaian yang mempunyai bunga atau corak yang besar dan jangan sekali-kali memakai pakaian yang ketat sehingga menampakkan `aset' anda.

- Bentuk V adalah yang mempunyai badan yang bahagian atasnya besar terutama dibahagian bahu, dada dan lengan. Mereka mempunyai pinggul dan paha yang lebih kecil. Bentuk badan sebegini memerlukan keseimbangan dalam berpakaian. Pakaian yang sesuai adalah blaus atau kemeja berwarna gelap dan corak garisan menegak memberi ilusi merampingkan, membuat pemakainya nampak lebih kurus dan tinggi. Seluar yang berbentuk baggy dan skirt labuh A shape iaitu yang kembang di bawah sangat sesuai kerana ia melebarkan sedikit bahagian bawah badan yang kecil.

- Bentuk pembaris / ruler shape mempunyai bentuk badan yang kurus. Individu ini tidak digalakkan memakai pakaian yang berwarna gelap, memilih corak yang kecil dan juga tidak digalakkan memakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar kerana akan nampak bertambah kurus.

- An hour Glass atau gitar atau bentuk kerengge merupakan `perfect figure'. Sangat mudah untuk memadankan dengan semua jenis pakaian.

iv) Tudung dan aksesori
Padanan warna tudung tidak terlalu berbeza dengan warna pakaian. Lebih anggun jika memilih tudung bercorak atau polos, tetapi diikat kemas. Ikatan tudung mampu mengubah gaya wanita seperti juga dandanan rambut. Tambahan aksesori mampu memberikan kelainan kepada wanita yang suka bergaya tetapi pastikan aksesori anda itu tidak melebihi 5 item dan hanya 1 item sahaja yang boleh besar atau menonjol. 5 item itu contohnya seperti kerongsang, gelang, cincin, jam tangan, rantai dan lain-lain. Daripada kelima-lima ini hanya satu sahaja yang boleh menonjol/besar.

v) Kasut dan Beg Tangan
Jika memakai pakaian formal, kasut bertutup atau court shoe bertumit tinggi sekurangp-kurangnya satu inci setengah sangat sesuai. Tidak boleh memakai kasut high cut jika memakai baju kurung kerana kasut high cut nampak lasak dan tidak sesuai dengan imej baju kurung yang sopan dan anggun. Kasut high cut boleh digandingkan dengan pemakaian suit berseluar atau kemeja dan seluar. Kasut hendaklah berwarna gelap sama ada warna hitam, biru hitam atau coklat gelap dan mesti digandingkan dengan beg tangan yang berwarna sama.

Peringatan

a) Tidak ada kata maaf untuk garisan seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik atau cara agar garisan seluar anda tidak kelihatan.
b) Sebaiknya gantilah kasut lama anda. kasut yang terlalu lama akan kelihatan pudar dan ini akan merosakkan penampilan anda.
c) Untuk kelihatan eksklusif bagi wanita bekerjaya, elakkan pakaian yang mempunyai corak besar dan baju berbunga-bunga besar. Seelok-eloknya pilihlah baju yang mempunyai corak yang tidak terlalu menonjol ataupun pakaian kosong tetapi diserikan dengan tudung bercorak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

ORDER FORM

Name:
Email Address:
Place your order/s here

create form